Wednesday, December 30, 2009

Pesanan Sheikh Yusuf Al-Hasani




Sheikh As-Syarif al Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani.
Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.

Kelahiran Dan Kehidupan Beliau: Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan pada Tahun 1948.. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.

Biodata Beliau
http://www.darulhasani.com/melayu/index.php?pilih=hal&id=2


Pesanan Sheikh Yusuf Al-Hasani

Dunia ini tidak seimbang diantara kebaikan & keburukan
Lebih banyak keburukan dari kebaikan

Banyakkan Zikir
Hidupkan zikir dalam kehidupan seharian
Zikir dengan sepenuh hati
Zikir dengan hati yang ikhlas kerana Allah

Bersahabat
Berhati-hati dalam memilih sahabat
Carilah sahabat yang dapat membimbing kita kearah kebaikan
Bersahabat kerana Allah adalah lebih utama daripada beribadah seorang diri
Nilailah seseorang sahabat yang bukan sekadar kata-kata, tetapi perbuatan dan akhlaknya selari dengan syariat

Guru Murabbi
Guru yang dapat membimbing kearah kebaikan
Guru yang mempunyai salasilah pengajian yang sahih

Jaga Diri
Jangan terpedaya dengan dunia yang sementara
Cinta/wanita mainan syaitan, jauhilah kemaksiatan
Zaman remaja penentu kehidupan dimasa hadapan

Perkahwinan bukanlah perkara mainan.
Sebenarnya lebih banyak tanggungjawab yang ditanggung berbanding dengan keseronokan dalam perkahwinan itu
Hanya orang yang berkahwin sahaja yang mengetahuinya

Maksiat & syahawat hanya keseronokan yang sementara berbanding dengan dosa yang akan dibawa hingga ke akhirat
Amal kebaikan & kebajikan merupakan keseronokan & kepuasan yang berpanjangan kekal hingga ke akhirat

Berketurunan Nabi bukan jaminan ke syurga
Seorang yang belajar ilmu agama,hebat dalam ilmu agama , bukan jaminan ke syurga
Tetapi ilmu dan amal dengan rahmat Allah yang bakal menjamin seseorang ke syurga
Semua orang layak untuk syurga Allah.

1 comment:

  1. up date selalu bang oooiii.. letih construct 2-3 jam buat blog ni bang..

    ReplyDelete